Telah diberitakan , pada
suatu hari Nabi Sulaiman a.s. sedang
duduk di atas takhta
kerajaannya dihadap
oleh jin-jin dan manusia serta binatang-binatang.
Ketika itu, Baginda sedang membicarakan dan
menghukum sebahagian daripada
mereka. Lalu , terlintas perasaan ‘ujub ( yakni rasa besar
diri ) dan Baginda pun berkata di dalam hatinya, “Adakah
sesuatu makhluk yang telah dijadikan
oleh ALLAH S.W.T. yang tidak
ditundukkan kepadaku?”
Tiba-tiba seketika itu juga
datanglah suatu makhluk ( yang berupa manusia ) yang
besar panjang badannya lagi hebat dan dahsyat
rupanya dengan keluar api bernyala-nyala
daripadanya. Maka terkejutlah Nabi
Sulaiman a.s. melihat akan
makhluk itu dan menggeletar. Kemudian Baginda
pun bertanya , “ Wahai engkau yang besar berbangsa api , siapakah engkau
dan mengapakah engkau datang ke mari? ”
Jawabnya , “ Aku bernama Al-rih Al-Ahmar iaitu satu
penyakit yang amat dahsyat di antara penyakit-penyakit. ALLAH
S.W.T. menjadikan aku sebegini rupa dan diberiNya aku kuasa
mendatangkan kesakitan kepada cucu Nabi Adam a.s.
dan Hawa. Aku dapat meresap dan berjalan di dalam
tubuh manusia sebagaimana darah dapat mengalir di dalamnya
sehingga aku dapat meresap ke sendi-sendi dan urat-uratnya.
Apabila ALLAH S.W.T. berkehendak memberi azab kepada
sesiapa di antara makhluk ataupun memberi kuasa kepada aku , aku masuk ke
dalam tubuhnya. Jika aku masuk ke dalam otaknya , maka hilanglah
akalnya , dan jika aku masuk menerusi hidungnya nescaya zahirlah aku berupa
penyakit bengkak-bengkak dan sembab-sembab seterusnya hingga aku binasakan
seluruh anggota badannya.”
Tatkala Nabi Sulaiman a.s. mendengar akan perkataan
lembaga itu, Baginda pun menitahkan orang yang di sekelilingnya supaya membunuh
dan membakarnya.
Al-rih Al-Ahmar pun berkata , “ Tidak!
Sekali-kali tidak ada sesiapa pun yang ada kuasa
untuk melakukan yang sedemikian itu , kerana ALLAH
S.W.T. telah menjadikan aku dan melanjutkan umurku.”
Kemudian ia pun ghaiblah dari
pandangan Nabi Sulaiman a.s. sehingga ke zaman
Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi Muhammad S.A.W. dan Angin Ahmar
Telah diceritakan bahawa Hasan bin ‘Ali , cucunda Nabi Muhammad S.A.W. telah menghidap penyakit rongga tekak dan keluar darah daripadanya , lalu Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat-sahabatnya telah mendapat tahu khabar itu. Tiba-tiba turunlah Jibril a.s. lalu berkata , “ Wahai Rasulullah , sesungguhnya Hasan telah terkena angin.”
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. , “ Wahai saudaraku Jibri l , adakah ubat baginya? ” Dijawab oleh Jibril , “ Bahkan ada. ”
Sejurus kemudian Jibril pun ghaib , lalu kembali semula kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata , “ Bahawasanya ALLAH S.W.T. mengurniakan kepada engkau suatu hadiah yang mustajab , sesiapa membacanya walaupun sekali seumur hidupnya nescaya dia akan terselamat daripada Al-rih dan Al-Ahmar. ”
Maka Nabi Muhammad S.A.W. pun membacakan doa ini pada Hasan r.a. Seketika itu juga dia sembuh , lalu bangun dan berdiri dengan cukup sihat.
Sumber : http://airpenawar.webs.com/amar.htm
Sambungan >> Cara Pengubatan Angin Ahmar Yang Diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan